Sunday, 31 July 2011

Gotong royong ( Mogitatabang )Anjuran Cawangan PBS Kg.Paguokon Tengah


TENOM: Cawangan PBS Kg.Paguokon Tengah telah menganjur gotong royong membersih kawasan perkampungan pada 30 Julai 2011.

Antara yang hadir pada gotong royong tersebut ialah Setiausaha Bahagian PBS Melalap En.Simon Mamat, Ketua Penerangan Bahagian En. Charlton Madis Suman dan Setiausaha Pergerakan Wanita Bahagian Pn.Florence Chia.

En.Simon berkata amalan bergotong royong adalah satu amalan yang baik yang perlu diteruskan agar ianya dapat mengalakkan para belia-beliawanis dimasa akan datang.

TENOM KEARAH MEMBANGUN 2011-2015


Monday, 25 July 2011

MAJLIS PECAH TANAH PEMBINAAN MINI DEWAN KG.PAMILAAN

MAJLIS PECAH TANAH PEMBINAAN MINI DEWAN KG.PAMILAAN

TENOM: Penduduk Kg.Pamilaan akan menikmati pembangunan yang berterusan oleh kerajaan Barisan Nasional dibawah Wakil Rakyat Melalap YB.Datuk Radin Malleh.

Semasa majlis pecah tanah dimulakan Radin berkata semua kampung akan diberi perhatian yang seimbang mengikut keperluan yang mendesak.

" Kita akan mengambil perhatian dari masa kesemasa keperluan rakyat " ujar Radin dengan harapan yang tinggi agar kerajaan menyalurkan peruntukan yang lebih banyak dimasa akan datang.

Majlis pecah tanah sebagai memulakan projek pembinaan Mini Dewan Kg.Pamilaan Tenom yang telah dilakukan oleh Wakil Rakyat Melalap.

Pemantapan sokongan perjuangan PBS kawasan N.35 Melalap


TENOM:  Perjuangan Parti Bersatu Sabah Melalap semakin semakin mendapat tempat dihati rakyat dikawasan ini dimana semakin hari semakin ramai yang menyertai dan memberi sokongan padu kepada kepimpinan YB.Datuk Radin Malleh.

Ramai yang menyatakan bahawa perjuangan PBS adalah untuk semua lapisan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

En. Biti Juai seorang pesara Polis berkata beliau memilih PBS sebagai landasan perjuangan beliau dimana ia sangat relevan sebagai landasan masyarakay murut dinegeri ini.

" PBS bukan parti perkauman tidak seperti yang lain yang hanya memperjuangkan kaum " begitulah yang dikatakan oleh beliau selepas menyerah borang keahlian kepada Ketua Bahagian PBS Melalap YB.Datuk Radin Malleh pada 18.07 2011 bertempat diKg.Mandalom Baru Tenom.

En.Mius Ampingan seorang yang turut menyerah borang keahlian berkata " kita akan memastikan kemenangan yan besar kepada PBS Melalap pada pilihanraya akan datang.