Monday, 25 July 2011
Pemantapan sokongan perjuangan PBS kawasan N.35 Melalap
TENOM: Perjuangan Parti Bersatu Sabah Melalap semakin semakin mendapat tempat dihati rakyat dikawasan ini dimana semakin hari semakin ramai yang menyertai dan memberi sokongan padu kepada kepimpinan YB.Datuk Radin Malleh.
Ramai yang menyatakan bahawa perjuangan PBS adalah untuk semua lapisan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negeri ini.
En. Biti Juai seorang pesara Polis berkata beliau memilih PBS sebagai landasan perjuangan beliau dimana ia sangat relevan sebagai landasan masyarakay murut dinegeri ini.
" PBS bukan parti perkauman tidak seperti yang lain yang hanya memperjuangkan kaum " begitulah yang dikatakan oleh beliau selepas menyerah borang keahlian kepada Ketua Bahagian PBS Melalap YB.Datuk Radin Malleh pada 18.07 2011 bertempat diKg.Mandalom Baru Tenom.
En.Mius Ampingan seorang yang turut menyerah borang keahlian berkata " kita akan memastikan kemenangan yan besar kepada PBS Melalap pada pilihanraya akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment