PBS N35 MELALAP
Tuesday, 23 August 2011
DATUK RADIN MUNGKIN BERSARA PADA 2014
TENOM: Mesyuarat Agung Tahunan PBS kali ke-26 Bahagian N.35 Melalap tahun ini banyak memberi reaksi yang berbeza apa lagi apabila pengumuman Penyandang Ketua Bahagian yang agak menghantui para penyokong dalam perhimpunan tersebut.
Datuk Radin dalam ucapan dasarnya telah menghuraikan liku-liku perjuangannya dihadapan Presiden Parti YB.Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan oleh mengakhiri ucapannya yang beliau membayangkan untuk berundur pada tempo berakhir sebagai Ketua Bahagian pada 2014.
Para perwakilan yang hadir pada perhimpunan tersebut masing-masing tertanya-tanya apakah hasrat yang sebenarnya disebalik kenyataan Datuk Radin itu ada yang menganggap adakah mereka akan ditinggalkan begitu saja atau akan berhadapan kepimpinan yang tidak menentu pada satu hari nanti.
Tidak dinafikan ramai juga yang berpendapat apakah pengumuman itu satu sindiran pada pucuk pimpinan PBS atau Kerajaan yang sekian lama satu-satunya wakil rakyat mewakili suku kaum murut yang pada pandangan umum satu-satunya kaum disabah ini antara kaum kedua yang banyak menghimpun seni budaya sebagai satu etnik yang menjadi tarikan pelancong.
Tidak kurang juga yang berpendapat ianya satu gimik politik memanglah politik ini macam-macam ada hari ini lain keesokannya tidak tau apa akan terjadi.
Persoalannya adakah Datuk Radin dalam keadaan sokongan PBS di Melalap yang begitu ketara menampak peningkatan sokongan daripada akar umbi sejak akhir-akhir ini tambahan pula beliau diberi kepercayaan menerajui kepimpinan yang berterusan khusus dikawasan Melalap.
YB. Tans Sri Presiden secara terang-terang menolak kenyataan tersebut yang menganggap pengumuman Datuk Radin itu bertentangan dengan kemahuan rakyat dan kepimpinan tertinggin Parti.
Tapi harus diingat bahawa kenyataan Datuk Radin Malleh dalam ucapan beliau semasa menyampaik ucapan dasar berbunyi begini " Munkin....muuungkin selepas 2014 saya akan memikirkan untuk berehat sebagai Ketua Bahagian tapi tidak bererti saya berhenti dari politik tetapi saya berjanji saya teetap memberi sokongan yang kuat untuk berjuang dalam Parti "
Wednesday, 17 August 2011
KUNJUNGAN BERBUKAPUASA OLEH YB. DATUK RADIN MALLEH
TENOM: YB. Datuk Radin Malleh mengajak rakyat yang beragama muslim atau pun bukan beragama Islam supaya saling hormat menhormati antara satu sama lain lebih-lebih lagi saudara-saudara yang beragama Muslim yang menjalankan ibadah puasa.
Datuk Radin Malleh yan juga wakil rakyat Melalap berkata dengan cara ini kita betul-betul merasai semangat perpaduan itu selain daripada kita merealisasi satu semangat terdiri daripada pelbagai kaum dan fahaman agama.
Kita merasa bersyukur kerana kita dinegara ini dapat hidup aman dan harmoni berbanding di negara lain yang serin bertelingkah tiada keamanan.
Kita harus memelihara budaya hidup kita selain dapat menerima antara satu sama lain ianya akan menjadikan satu bangsa yang bermaruah dan jatidiri yang tinggi.
Dalam kunjungan yang diadakan pada 17 Ogos 2011 bertempat di Balai Wawasan Kg. Uloi Atas seramai 100 orang penduduk yang sempat hadir pada majlis tersebut yang diketuai oleh Ketua Kampung Hj. Abu Bakar.
Thursday, 11 August 2011
Ramadhan konvoi Merdeka 2011.
TENOM: Rakyat dinegeri ini diseru cintakan Negara selaras dengan semangat kemerdekaan berpandukan 5 prinsip Rukun Negara.
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Radin Malleh berkata selain patuh kepada 5 prinsip Rukun Negara kita juga negara juga mempunyai 5 cita-cita iaitu 1.Mengujudkan satu bangsa yang bersatu 2.Mengujudkan suasana demokrasi 3.Mengujudkan suasana rakyat dalam keadaan adil kebebasan beragama 4. Hidup dalam suasana liberal 5. Hidup dalam kemajuan berlandaskan Teknologi Sains dan Inovasi.
Datuk Radin Malleh yang juga wakil Rakyat Melalap berkata dalam ucapannya sempena menyambut kedatangan 27 buah konvoi merdeka di Daerah Tenom pada 11 Ogos 2011 seterusnya meneruskan perjalanan ke Daerah Sipitang.
Wednesday, 10 August 2011
Tuesday, 2 August 2011
Gerakan Daftar Pengundi Kawasan Mukim Melalap
TENOM: Gerakan mendaftar pemilih kawasan Mukim Melalap dianjurkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya atas kerjasama Pergerakan Pemuda Melalap yang diketuai oleh Albert Mark Maguring bertempat di Dewan Datuk Okk Sanggau Jalang Melalap.
PEMBINAAN JAMBATAN BARU KG. BINAI TENOM
TENOM: Lebih 3000 penduduk dikawasan mukim Lagud Sebrang-Entabuan dan Saga akan menikmati Jambatan Baru dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.
Jambatan tersebut telah diluluskan oleh kerajaan untuk pembinaan yang menelan kos berjuta-juta ringgit demi keperluan rakyat dikawasan DUN Melalap.
Wakil Rakyat Melalap Datuk Radin Malleh berkata pembinaan tersebut adalah atas desakan beliau untuk memohon peruntukan daripada kerajaan agar pembinaan tersebut dapat dimulakan pada tahun ini.
Ramai penduduk berpendapat bahawa ini adalah usaha wakil rakyat sekarang YB.Datuk Radin Malleh kerana atas keprihatinan beliau maka kerajaan dibawah kepimpinan YAB. Ketua Menteri telah merasai nadi rakyat khusus dikawasan Melalap.
Jambatan tersebut telah diluluskan oleh kerajaan untuk pembinaan yang menelan kos berjuta-juta ringgit demi keperluan rakyat dikawasan DUN Melalap.
Wakil Rakyat Melalap Datuk Radin Malleh berkata pembinaan tersebut adalah atas desakan beliau untuk memohon peruntukan daripada kerajaan agar pembinaan tersebut dapat dimulakan pada tahun ini.
Ramai penduduk berpendapat bahawa ini adalah usaha wakil rakyat sekarang YB.Datuk Radin Malleh kerana atas keprihatinan beliau maka kerajaan dibawah kepimpinan YAB. Ketua Menteri telah merasai nadi rakyat khusus dikawasan Melalap.
Sunday, 31 July 2011
Gotong royong ( Mogitatabang )Anjuran Cawangan PBS Kg.Paguokon Tengah
TENOM: Cawangan PBS Kg.Paguokon Tengah telah menganjur gotong royong membersih kawasan perkampungan pada 30 Julai 2011.
Antara yang hadir pada gotong royong tersebut ialah Setiausaha Bahagian PBS Melalap En.Simon Mamat, Ketua Penerangan Bahagian En. Charlton Madis Suman dan Setiausaha Pergerakan Wanita Bahagian Pn.Florence Chia.
En.Simon berkata amalan bergotong royong adalah satu amalan yang baik yang perlu diteruskan agar ianya dapat mengalakkan para belia-beliawanis dimasa akan datang.
Subscribe to:
Comments (Atom)










