Tuesday, 23 August 2011

DATUK RADIN MUNGKIN BERSARA PADA 2014


TENOM: Mesyuarat Agung Tahunan PBS kali ke-26 Bahagian N.35 Melalap tahun ini banyak memberi reaksi  yang berbeza apa lagi apabila pengumuman Penyandang Ketua Bahagian yang agak menghantui para penyokong dalam perhimpunan tersebut.

Datuk Radin dalam ucapan dasarnya telah menghuraikan liku-liku perjuangannya dihadapan Presiden Parti YB.Tan Sri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan oleh mengakhiri ucapannya yang beliau membayangkan untuk berundur pada tempo berakhir sebagai Ketua Bahagian pada 2014.

Para perwakilan yang hadir pada perhimpunan tersebut masing-masing tertanya-tanya apakah hasrat yang sebenarnya disebalik kenyataan Datuk Radin itu ada yang menganggap adakah mereka akan ditinggalkan begitu saja atau akan berhadapan kepimpinan yang tidak menentu pada satu hari nanti.

Tidak dinafikan ramai juga yang berpendapat apakah pengumuman itu satu sindiran pada pucuk pimpinan PBS atau Kerajaan yang sekian lama satu-satunya wakil rakyat mewakili suku kaum murut yang pada pandangan umum satu-satunya kaum disabah ini antara kaum kedua yang banyak menghimpun seni budaya sebagai satu etnik yang menjadi tarikan pelancong.

Tidak kurang juga yang berpendapat ianya satu gimik politik memanglah politik ini macam-macam ada hari ini lain keesokannya tidak tau apa akan terjadi.

Persoalannya adakah Datuk Radin dalam keadaan sokongan PBS di Melalap yang begitu ketara menampak peningkatan sokongan daripada akar umbi sejak akhir-akhir ini tambahan pula beliau diberi kepercayaan menerajui kepimpinan yang berterusan khusus dikawasan Melalap.

YB. Tans Sri Presiden secara terang-terang menolak kenyataan tersebut yang menganggap pengumuman Datuk Radin itu bertentangan dengan kemahuan rakyat dan kepimpinan tertinggin Parti.

 Tapi harus diingat bahawa kenyataan Datuk Radin Malleh dalam ucapan beliau semasa menyampaik ucapan dasar berbunyi begini " Munkin....muuungkin selepas 2014 saya akan memikirkan untuk berehat sebagai Ketua Bahagian tapi tidak bererti saya berhenti dari politik tetapi saya berjanji saya teetap memberi sokongan yang kuat untuk berjuang dalam Parti "

No comments:

Post a Comment