TENOM: Lebih 3000 penduduk dikawasan mukim Lagud Sebrang-Entabuan dan Saga akan menikmati Jambatan Baru dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.
Jambatan tersebut telah diluluskan oleh kerajaan untuk pembinaan yang menelan kos berjuta-juta ringgit demi keperluan rakyat dikawasan DUN Melalap.
Wakil Rakyat Melalap Datuk Radin Malleh berkata pembinaan tersebut adalah atas desakan beliau untuk memohon peruntukan daripada kerajaan agar pembinaan tersebut dapat dimulakan pada tahun ini.
Ramai penduduk berpendapat bahawa ini adalah usaha wakil rakyat sekarang YB.Datuk Radin Malleh kerana atas keprihatinan beliau maka kerajaan dibawah kepimpinan YAB. Ketua Menteri telah merasai nadi rakyat khusus dikawasan Melalap.

No comments:
Post a Comment