Wednesday, 17 August 2011

KUNJUNGAN BERBUKAPUASA OLEH YB. DATUK RADIN MALLEH


TENOM: YB. Datuk Radin Malleh mengajak rakyat yang beragama muslim atau pun bukan beragama Islam supaya saling hormat menhormati antara satu sama lain lebih-lebih lagi saudara-saudara yang beragama Muslim yang menjalankan ibadah puasa.

Datuk Radin Malleh yan juga wakil rakyat Melalap berkata dengan cara ini kita betul-betul merasai semangat perpaduan itu selain daripada kita merealisasi satu semangat terdiri daripada pelbagai kaum dan fahaman agama.

Kita merasa bersyukur kerana kita dinegara ini dapat hidup aman dan harmoni berbanding di negara lain yang serin bertelingkah tiada keamanan.

Kita harus memelihara budaya hidup kita selain dapat menerima antara satu sama lain ianya akan menjadikan satu bangsa yang bermaruah dan jatidiri yang tinggi.

Dalam kunjungan yang diadakan pada 17 Ogos 2011 bertempat di Balai Wawasan Kg. Uloi Atas seramai 100  orang penduduk yang sempat hadir pada majlis tersebut yang diketuai oleh Ketua Kampung Hj. Abu Bakar.

No comments:

Post a Comment